Kini Hanya Tinggal Dua Zon Kuning COVID-19 Di Semenanjung

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kini hanya tinggal dua daerah sahaja dalam zon kuning di Semenanjung, manakala satu daerah zon hijau di Sarawak.

 

Dua zon kuning di Semenanjung itu adalah Cameron Highland dan Rompin, dan tujuh daerah zon jingga manakala selebihnya kini dalam zon merah COVID-19.

kini hanya tinggal dua zon kuning covid-19 di semenanjung

kini hanya tinggal dua zon kuning covid-19 di semenanjung

Pada 29 Mei, kes baharu COVID19 juga mencatatkan angka tertinggi iaitu 9,020 kes, diikuti 98 lagi kes maut dengan jumlah kes aktif kini melebihi 76 ribu.

kini hanya tinggal dua zon kuning covid-19 di semenanjung

Sejak 1 April 2021 sehingga 28 Mei 2021, sebanyak 20 kluster rentas negeri yang terdiri daripada 1,420 kes telah dilaporkan. Daripada jumlah itu, negeri-negeri yang melaporkan jumlah kluster tertinggi adalah Melaka dengan 8 kluster (40%), Terengganu dengan 3 kluster (15%) serta Kelantan, Perak dan Pahang dengan masing-masing 2 kluster (10 %).

 

Selain itu, sebanyak 26 kluster yang berpunca dari sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri telah telah dilaporkan oleh CPRC KKM sejak 13 hingga 28 Mei 2021.

 

Seramai 4,047 individu telah disaring yang mana sebanyak 1,019 kes telah dikenalpasti positif dalam kluster-kluster ini, iaitu kadar positiviti 25.1%. Daripada jumlah 1,019 kes tersebut, 2 kematian telah dilaporkan sehingga kini dan 1 kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Sumber: KKM