Lepas Mizz Nina Umum Nikah, Pengikut Instagram Suami Naik Mendadak

Malam semalam (15 Jun), penyanyi, Mizz Nina membuat pengumuman mengejutkan apabila memaklumkan kepada orang ramai dia sebenarnya sudah bernikah bersama lelaki bernama Essam Muhammad.

mizz nina kini isteri essam muhammad, rakan artis dan warganet ucap tahniah

Baca: Mizz Nina Kini Isteri Essam Muhammad, Rakan Artis dan Warganet Ucap Tahniah

 

Susulan perkongsian yang dibuat itu, nama Essam menjadi bualan hangat dan tular di media sosial, hinggakan pengikut akaun Instagramnya meningkat dengan mendadak.

 

 

Malah, peminat juga turut mengucapkan ucapan tahniah kepada pasangan ini menerusi laman Twitter.

lepas mizz nina umum nikah, pengikut instagram suami naik mendadak

lepas mizz nina umum nikah, pengikut instagram suami naik mendadak

lepas mizz nina umum nikah, pengikut instagram suami naik mendadak

Menerusi carian Google, Essam adalah seorang warganegara Amerika Syarikat dan menetap di daerah Seattle serta berketurunan Maghribi.

lepas mizz nina umum nikah, pengikut instagram suami naik mendadak

Beliau juga merupakan seorang penyanyi rap dan juga penulis lirik, yang sering menerima undangan untuk mengadakan persembahan di seluruh dunia.

 

Selain beraksi di pentas, Essam juga aktif dalam aktiviti komuniti di Seattle.

lepas mizz nina umum nikah, pengikut instagram suami naik mendadak

Penyanyi itu juga banyak membawa unsur dakwah dalam lagu yang disampaikan olehnya, malah sering dijemput untuk berkongsi pengalaman serta inspirasi kepada komuniti Islam serata dunia.

 

Terdahulu, Mizz Nina, 43, berdoa agar ikatan perkahwinannya bersama Essam terjalin berlandaskan iman kerana Allah SWT.

 

Sumber: Instagram