Fenomena laut terbelah yang terjadi setahun sekali di Langkawi, telah menarik perhatian lebih 300 pengunjung, semalam.
Kejadian berlaku akibat kemunculan beting pasir sepanjang 600 meter dekat Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, telah berlaku pada jam 7 pagi, 3 Mac 2022.
Air yang surut sehingga paras 0.1 meter, menyebabkab beting pasir sepanjang 600 meter muncul dan membolehkan manusia untuk berjalan melaluinya.
Memetik laporan dari Astro AWANI, laluan beting pasir itu menghubungkan dua pulau iaitu Pulau Chabang dan juga Pulau Ketam Baya.
Fenomena yang jarang berlaku ini nyata menarik minat ramai pengunjung tempatan, termasuk penduduk di Pulau Langkawi sendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Mutalib berkata, fenomena seperti ini merupakan satu 'peristiwa' yang boleh dipromosikan untuk pengunjung-pengunjung dengan lebih meluas pada masa akan datang.
"Ini satu fenomena yang unik, orang ramai boleh berjalan 600 meter diatas beting pasir, melihat habitat hidupan laut dan dua pulau yang ada, ia satu potensi besar buat sektor pelancongan di Langkawi", katanya.
Sumber: [1]