Fasha Sandha dan Nora Danish Berpelukan, Komen Jejai Pula Curi Tumpuan

Dua bintang popular, Fasha Sandha dan Nora Danish telah mencuri perhatian ramai selepas mereka hadir pada sebuah majlis pernikahan, baru-baru ini.

 

Menerusi video yang dikongsikan Fasha di Instagramnya, pelakon itu merakam momen bersama Nora, termasuklah aksi berpelukan mesra.

fasha sandha dan nora danish berpelukan, komen jejai pula curi tumpuan

Kedua-dua wanita itu pernah sama-sama bergelar isteri kepada lelaki yang sama iaitu Jejai, meskipun mereka dilihat kini sudah semakin berbaik.

 

Malah, netizen turut memuji kejelitaan kedua-dua aktress ini.

 

Bagaimanapun komen di Instagram oleh Jejai lebih mencuri perhatian apabila sempat meninggalkan tanda sokongan pada kedua-dua bekas isterinya itu.

 

“Steady Fasha, Nora,” tulis Jejai (@rizalashramrnt) di Instagram.

fasha sandha dan nora danish berpelukan, komen jejai pula curi tumpuan

Terdahulu, Nora dan Jejai pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu Putra Rayqal, 14.

fasha sandha dan nora danish berpelukan, komen jejai pula curi tumpuan

Manakala Fasha dan Jejai pula pernah berkahwin pada 27 April 2012, dan bercerai pada 20 Januari 2016. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jamyma, 8.

fasha sandha dan nora danish berpelukan, komen jejai pula curi tumpuan

Sumber: Instagram