Farisha Iris Dilabel Andartu Sebab Sambung Master, “Orang Lain Dah Anak 3..”

Menjadi impian sebilangan daripada kita untuk terus menyambung pengajian sehingga ke peringkat tertinggi.

farisha iris dilabel andartu sebab sambung master, “orang lain dah anak 3..”

Itu yang dilakukan penyanyi, Farisha Iris yang mengakui tidak kisah menghabiskan masa usia mudanya untuk menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi, namun ada pula yang mempertikaikan keputusannya itu.

 

Menurut pemilik nama sebenar Farisha binti Asmadi yang kini berusia 23 tahun, ada pihak yang berkata beliau mungkin akan menjadi anak dara tua atau ‘andartu’ kerana terlalu sibuk untuk belajar.

farisha iris dilabel andartu sebab sambung master, “orang lain dah anak 3..”

Malah individu terbabit turut membandingkan kehidupan Farisha dengan wanita lain seusianya yang mana mereka sudah bahagia mendirikan rumah tangga selain dikurniakan anak.

 

Farisha bagaimanapun membalas, beliau lebih rela dilabel ‘andartu’ daripada hidup bersama dengan lelaki yang bermasalah.

 

 

Sumber: Twitter