Pelakon, Emma Maembong mengakui meluat dengan tohmahan tidak berasas yang dibuat netizen kononnya dia tidak berpanyang dengan sempurna selepas bersalin anak kedua.
Menurut pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail ini, sebolehnya dia enggan mengambil peduli tohmahan netizen tetapi kini nampaknya ia semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan fitnah.
“Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ini ‘beriya’ sangat (diperkatakan). Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okeylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.
“Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah macam mereka duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang atau tidak,” katanya.
Menurut Emma, keadaan kesihatannya juga baik dan tidak seperti fitnah yang diajukan kepadanya seperti dia menangis, tumpah darah dan lain-lain.
“Alhamdulillah, saya sihat tiada pun sampai yang kata saya menangis, ke tumpah darah – semua (tuduhan) itu fake (palsu). Saya berpantang, jangan risau.
“Saya berpantang dengan confinement lady. Saya dah buat dah semua benda seperti bertungku, tangas, urut, sauna dan pakai bengkung ,” katanya menerusi satu video TikTok.
Tambah Emma lagi, beliau juga telah bersalin normal dan tiada yang koyak atau kena jahit. Proses berpantang juga katanya adalah berbeza-beza bergantung kepada kondisi para ibu selepas melahirkan anak.
“Alhamdulillah daripada anak pertama sampai anak kedua, saya bersalin secara normal tapi tiada yang koyak dan tak kena jahit. Jadi, saya geraklah sikit-sikit. Sebenarnya ikut atas badan masing-masing.
“Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga.
“Cuma saya taklah sertai marathon (pertandingan larian). Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun dan bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang,” tegasnya.
Terdahulu, netizen mengecam pelakon ini selepas dikatakan dia tidak berpantang sepenuhnya selepas melahirkan anak kedua pada 10 Mei lalu.
Sumber: Tiktok Emma Maembong