‘‘Kalau Beranak Ni Macam Mesin Fotostat, Dah Lama Anak Sepuluh,’’ – Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy mengakui sebenarnya bukan mudah untuk seseorang wanita melalui proses kehamilan dan melahirkan anak.

‘‘kalau beranak ni macam mesin fotostat, dah lama anak sepuluh,’’ – elfira loy

Menurut Elfira, ramai ibu yang terpaksa berdepan dengan isu mental untuk kembali mendapatkan tubuh asal selepas bergelar ibu.

 

Ujarnya lagi, jika melahirkan anak itu bagai mesin fotostat, sudah lama dirinya melahirkan sehingga sepuluh orang cahaya mata. Namun hakikatnya, ia tidak semudah itu.

 

“Kalau beranak ini macam mesin fotostat, sudah lama beranak sepuluh. Tetapi itulah, bukan senang mengandung, bersalin dan membesarkan bayi.

“Untuk anak ketiga, kalau boleh lagi empat tahun baru saya fikirkan. Tidak nampak ke mommy beriya-iya mahu kurus balik?” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

 

Elfira sebelum ini telah mencuri perhatian warganet menerusi perkongsian wajah anak-anaknya di media sosial.

‘‘kalau beranak ni macam mesin fotostat, dah lama anak sepuluh,’’ – elfira loy

Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aria Mikayla, 4 bulan.

 

Sumber: Kosmo!