Azi kini berada di KL. Itu kenyataan terkini polis Kelantan berhubung kes culik ejen kosmetik itu yang mesra digelar Azi. Ni selepas polis tengah malam semalam mengumumkan yang mangsa dah berjaya diselamatkan selepas lebih 2 minggu diculik.
Azi diculik kat depan rumahnya oleh sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta pada 13 September lalu. Penculikan Azi dapat perhatian ramai dan video yang memaparkan kejadian pun viral sekali. Difahamkan, kes dipercayai ada kaitan dengan sindiket dadah yang menyaksikan beberapa individu termasuk suami mangsa ditahan untuk siasatan.
Jujur hati tak terbayang kalau kejadian sama berlaku kat orang tersayang. Risau bimbang semua ada semasa dalam penantian khabar berita apatah lagi keluarga mangsa…dan akhirnya doa kita semua, dalam ketara dan diam dimakbulkan.
Azi berjaya diselamatkan hasil bantuan dan kerjasama erat PDRM dengan polis Thailand. Terima kasih berbunga-bunga kat encik-encik polis yang bijaksana & gagah perkasa.
Dalam kenyataan terkini, polis jugak bagi tahu Azi akan pulang ke Kelantan dalam masa terdekat. Oh ya, kepada yang masih berspekulasi, polis dah maklumkan siap-siap takde bayaran terlibat dalam proses pembebasan mangsa.
Buat Azi, selamat kembali.
Kepada pelaku, hukuman menunggu.
Oleh: KJ
Sumber & rujukan: AWANI, BERNAMA, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo & internet