Good news geng! Bahagian dua daripada musim ketiga siri animasi Malaysia yang digemari ramai, Ejen Ali, bakal dikeluarkan pada Disember tahun ini menerusi Disney+ Hotstar.

Terdahulu, bahagian satu daripada musim ketiga siri animasi tersebut telah dikeluarkan pada 25 Jun 2022 serta ditayangkan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Dihasilkan bersama oleh Disney+ Hotstar, Primeworks Studios dan WAU Animation, Ejen Ali ialah francais animasi berkualiti tinggi yang telah merangkul pelbagai anugerah.
Bahagian Satu Ejen Ali Musim 3 akan berakhir dengan episod 7 yang ditayangkan pada 6 Ogos 2022 sebelum diteruskan dengan Bahagian Dua pada Disember 2022, secara eksklusif di Disney+ Hotstar.
Semua episod Ejen Ali Musim 1 dan 2, Ejen Ali the Movie, serta filem pendek Ejen Ali: Misi Juang kini boleh didapati di Disney+ Hotstar.