Eh Putrajaya Dah Ada Dua Pantai? Dekat Mana?

Putrajaya merupakan lokasi yang tidak asing lagi kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia.

eh putrajaya dah ada dua pantai? dekat mana?

Selain itu, ia juga mempunyai taman yang indah dan luas, membuatkan Putrajaya menjadi destinasi bagi tempat rekreasi pilihan ramai.

 

Tahukah anda, meskipun Putrajaya terletak ditengah-tengah peta dalam negeri Selangor, ia kini mempunyai dua pantai yang dibuka sebagai tarikan pelancongan.

 

Pantai yang pertama dibuka di Presint 5, berdekatan dengan Hotal Doubletree by Hilton, Kompleks Sukan Air Putrajaya dan juga Marina Putrajaya. Ia dikenali sebagai Beach at Putrajaya.

eh putrajaya dah ada dua pantai? dekat mana?

Pantai kedua baru sahaja dibuka dinamakan sebagai Pantai Floria Putrajaya. Ia terletak di Tapak Floria di Presint 4, Putrajaya, sebagai salah satu usaha pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) membaik pulih kawasan Floria.

eh putrajaya dah ada dua pantai? dekat mana?

eh putrajaya dah ada dua pantai? dekat mana?

Pantai buatan itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia menggunakan air tasik semula jadi. Malah, orang ramai juga boleh memancing di kawasan berdekatan pantai ini pada bila-bila masa.

Jika anda ke sini nanti, pastikan anda menjaga kebersihan kawasan ini ya?

eh putrajaya dah ada dua pantai? dekat mana?

eh putrajaya dah ada dua pantai? dekat mana?

Sumber: [1]