DOLLA Cemas Ditahan Tiga Lelaki Katanya Polis, Warganet Suruh Buat Report!

Ahli kumpulan DOLLA telah berdepan detik mencemaskan selepas mereka ditahan tiga lelaki yang mendakwa diri mereka adalah anggota polis.

dolla cemas ditahan tiga lelaki katanya polis, warganet suruh buat report!

Menerusi perkongsian di Twitter, kejadian berlaku pada malam 20 Disember lalu sekitar jam 11.30 malam apabila mereka selesai latihan.

 

“Malam semalam Dolla berhadapan dengan insiden yang menakutkan selepas latihan tarian kami, pada 11:30 malam.

“Semasa kami menunggu perjalanan pulang, 3 orang yang menaiki kereta jenis Proton berwarna merah memperlahankan kenderaan di sebelah kami dan merenung kami agak lama. Renungan mereka itu membuatkan kami tidak selesa. Kami fikir mereka akan merompak kami.

“Kemudian mereka keluar dari kereta dan mula menghampiri kami, kesemua tiga lelaki dewasa. Mereka kata mereka adalah polis, tetapi mereka tak pula memakai uniform rasmi, dan tidak memandu kereta polis.

"Mereka juga tidak menunjukkan lencana identiti polis mereka, dan mereka segera mula menyoal siasat kami dan bertanya kepada kami apa yang kami lakukan di sini, bertanya kepada kami sama ada kami rakyat Malaysia, dan segera mengambil kad pengenalan kami dan terus mengambil gambar kami tanpa kebenaran.

“Kami berasa teraniaya kerana apabila Syasya (ahli Dolla) bertanya kenapa tiba-tiba mahu memeriksa kami, salah seorang mereka dengan nada kasar menjawab, “Kenapa tak boleh, kitaorang polis!.”

“Kami keliru dan takut kerana kami tidak melakukan apa-apa kesalahan, kami hanya berdiri di atas jalan, sejurus selepas latihan tarian kami.

“Pastu we saw a car stopping near us, mereka dengan segera pulangkan IC kami dan sempat bertanya "tu boyfriend u ke?" dan kami berkata tidak. After that they terus masuk ke kereta tanpa sebarang penjelasan atas kenapa mereka menyoal siasat kami.

“Kita tidak tahu sama ada keadaan ini adalah sesuatu yang benar atau ia satu penipuan, kalau ada sesiapa yang pernah mengalami benda ni, pls begitau, if you guys been through this experience before,” ujar DOLLA dalam hantaran tersebut.

 

dolla cemas ditahan tiga lelaki katanya polis, warganet suruh buat report!

Dalam perkongsian itu, DOLLA turut berkongsi foto kejadian berkenaan, termasuklah kereta jenis Proton Saga merah yang menahan mereka.

 

 

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai, khususnya peminat DOLLA yang menasihatkan mereka untuk segera membuat laporan di balai polis berdekatan, kerana dikhuatiri ia adalah satu bentuk jenayah.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Twitter DOLLA