Semalam, media digemparkan dengan pengakuan penceraian pasangan Datuk ND Lala bersama isterinya, Datin Fauziah Sarman.
Baca: Lepas 34 Tahun Bernikah, Ibu Bapa Shila Amzah Akhirnya Sah Cerai
Menurut Datin Fauziah, beliau akui sudah cuba bermacam-macam cara untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama 34 tahun, namun tidak berhasil.
"Saya cuba ikhtiar, berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri.
"Sekarang sudah tiba masa melepaskannya. Bukan tanda mengalah, tetapi saya sudah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah," kata beliau.
Tambahnya, bekas suaminya itu dilihat tidak lagi menghargai diri dan keluarga sejak 10 tahun kebelakangan ini, menyebabkan dia digantung tidak bertali.
"Saya digantung tak bertali dan ia berlaku sejak tahun lalu. Ketika balik selama tiga bulan, kehidupan saya jadi huru-hara.
"Dia memang fokus pada wanita itu dan dalam bahasa kasarnya, dia buang anak isterinya begitu sahaja. Dia memang buang kami.
"Sebab kahwin lain, seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Jika saya minta cerai, dia akan ceraikan, mungkin.
"Tetapi, dia pernah beritahu dengan rakannya itu, walau apapun dia takkan ceraikan saya," ujarnya.
Menceritakan lanjut, ND Lala dikatakan pernah balik ke rumah selama tiga bulan pada Januari lalu, namun keadaan menjadi huru-hara dan pergaduhan berlaku setiap hari.
"Kami bergaduh besar pada 1 April lalu. ND Lala entah macam mana buat pengakuan sudah berkahwin dengan Siti Munirah pada Disember lalu.
"Dia tipu saya kata Disember. Mungkin daftar Disember, tetapi menurut sumber, dia dan Siti Munirah sudah lama berkahwin, iaitu sejak lapan tahun lalu.
"ND Lala mengakui bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tetapi, saya cuba semak di pejabat agama tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat," katanya lagi.
Terdahulu, Fauziah mengesahkan ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu di Masjid AR Rahman, dan memaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp, semalam.
Sumber: BH