Cuti Kecemasan Diberi Pada Kakitangan Awam Terlibat Banjir

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

cuti kecemasan diberi pada kakitangan awam terlibat banjir

Perkara itu diumumkan beliau dalam sidang akhbar selepas meninjay operasi pusat pemindahan sementara (PPS) di Klang, hari ini.

 

Tambah beliau lagi, bagi kakitangan swasta pula, syarikat disarankan untuk memberi pekerja cuti berbayar dan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.

 

“Kakitangan boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing (berapa lama cuti itu). Ini termasuk kakitangan awam pada peringkat kerajaan negeri.

“Untuk kakitangan swasta, kita minta mereka berbincang dengan majikan,” katanya.

cuti kecemasan diberi pada kakitangan awam terlibat banjir

Sumber: [1]