Bella Dowanna Akui Pernah Kena Body Shaming ‘Double Meaning’, “Saya Buat-Buat Tak Dengar Sahaja..”

Nama Bella Dowana mungkin kedengaran agak baharu buat kebanyakkan kita. Namun pelakon muda berbakat ini semakin dikenali selepas tampil dalam beberapa filem tempatan seperti Budak Tebing, M4M4 dan terbaharu Legenda Puteri Qaseh.

bella dowanna akui pernah kena body shaming ‘double meaning’, “saya buat-buat tak dengar sahaja..”

Hanya disebabkan bentuk badannya yang berisi berbanding pelakon lain, pelakon berusia 20 tahun ini akui sering menjadi bahan sindiran fizikal, baik dari netizen, rakan artis mahupun dari kru penggambaran.

 

Ujar Bella, beliau pernah juga disindir dengan jenaka ‘double meaning’ oleh kru penggambaran yang beliau sifatkan sebagai jahat.

bella dowanna akui pernah kena body shaming ‘double meaning’, “saya buat-buat tak dengar sahaja..”

Menurut pemilik nama sebenar Qystinna Istajibilla Dowanna Halim ini, bentuk fizikalnya sering dijadikan bahan lawak sejak dahulu lagi.

 

“Saya memang kerap mengalami perlecehan tentang fizikal sejak dahulu. Bukan sahaja daripada netizen, bahkan daripada rakan artis.

“Mereka mungkin bergurau, tetapi sebenarnya perkara tersebut agak sensitif dan menyakitkan hati. Kadang-kadang saya buat-buat tak dengar sahaja,” ujarnya.

 

Pun begitu, beliau tenang menerima kritikan dan hinaan ini selain menganggap ia sebagai motivasi buatnya untuk menurunkan berat badan, meskipun pada usia yang masih muda ini.

 

 

“Saya masih muda. Jadi saya hanya mahu berseronok. Untuk kuruskan badan bukan keutamaan saya.

“Cuma untuk tahun 2023 ini, saya memang berazam untuk turunkan sedikit berat badan. Sebab saya sasarkan untuk dapat pegang watak heroin dalam drama.

“Saya fikir mungkin faktor fizikal menjadi salah satu sebab saya masih tidak ditawarkan memegang watak heroin dalam drama,” ujar Bella.

 

Sumber: Kosmo! Online