Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menafikan tuduhan dia sengaja menyindir fesyen yang digayakan aktres, Sophia Albarakbah dalam sebuah majlis anugerah hiburan, baru-baru ini.
Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, berkata apa yang dikongsikan olehnya di media sosial tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Bella bagaimanapun menyerahkan dakwaan kononnya beliau menyindir itu kepada semua pihak untuk membuat penilaian mereka sendiri.
Ujarnya lagi, beliau tidak sesekali berasa rimas apabila kisah rumah tangganya kerap dijadikan bahan berita.
“Semuanya hak masing-masing dan hidup saya hanya bergerak ke depan sahaja.
“Setakat ini tidak rimas orang asyik kaitkan sebab saya faham orang prihatin.
“Saya berterima kasih sebab ramai sayangkan saya dan suami. Ramai mendoakan untuk rumah tangga kami,” ujar beliau.
Terdahulu, sebuah portal hiburan tempatan mendakwa Bella menyindir dan menyamakan busana yang digayakan seseorang sebagai kampung.
Dalam hantaran InstaStory tersebut, Bella memuji pakaian yang dikenakan Janna Nick.
“Janna cantik sangat baju nampak sangat elegan, nampak seperti puteri. Baju dia tidak kelihatan seperti ‘kampung’,” katanya dalam InstaStory tersebut.
Sumber: Kosmo!