"Saya Kan Penyanyi Dangdut Memanglah Kena Gelek,” Baby Shima Kesal Video Viral Disalah Anggap

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan penyanyi, Baby Shima, dikatakan asyik bergelek di sebuah kelab hiburan, seperti dilapor menerusi beberapa portal hiburan.

saya kan penyanyi dangdut memanglah kena bergelek,” baby shima kesal video viral disalah anggap

Bagaimanapun penyanyi berusia 28 tahun itu berkata, persembahan itu sebenarnya berlangsung dalam pusat hiburan di sebuah hotel di Johor Bharu.

 

Baby Shima turut meluahkan rasa kesal dengan cara portal tempatan memuatnaik tajuk yang menunjukkan seolah-olah beliau membuat perkara yang tidak elok.

saya kan penyanyi dangdut memanglah kena gelek,” baby shima kesal video viral disalah anggap

"Persembahan itu berlangsung dalam pusat hiburan di sebuah hotel di Johor Bahru. Saya ditawarkan menyanyi empat lagu dan lepas menyanyi saya balik.

"Tapi cara portal itu memuat naik tajuk amat mengejutkan seolah-olah saya buat kerja tak elok. Nampak sangat niat mereka untuk memburukkan nama saya," kata beliau.

 

 

Ujar pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli, bukan beliau sahaja yang beraksi dilokasi itu kerana pengurusannya turut mengundang penyanyi lain seperti MK K-Clique, Ben Ladin, Zynakal, Kidd Santhe dan ramai lagi.

 

"Saya kan penyanyi dangdut memanglah kena bergelek. Sebelum ini pun sama masa beraksi dalam persembahan lain.

"Saya sebenarnya malas nak panjangkan isu ini tapi kena juga bercakap kerana keterangan gambar mereka amat mengaibkan. Sangat tak seronok dengan apa yang berlaku.

"Saya bukanlah sengkek atau sangat terdesak cari duit sampai sanggup untuk buat 'show' seperti yang mereka maksudkan," katanya.

 

Sumber: HMetro