Mahu Lihat Anak Membesar Depan Mata Punca Anzalna Belum Sedia Berlakon

Pelakon jelita, Anzalna Nasir mendedahkan punca mengapa beliau belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran berlakon selepas sekian lama mendiamkan diri.

mahu lihat anak membesar depan mata punca anzalna belum sedia berlakon

Ujar Anzalna, 34, beliau mahu memberikan sepenuh fokus terhadap keluarga termasuk membesarkan anaknya di depan mata.

 

Ujarnya, dia tidak mahu tanggungjawab membesarkan anak itu diambil alih oleh orang lain, sebaliknya lebih selesa mendidik dua orang cahaya matanya secara sendiri.

 

“Ada pembantu rumah atau tidak, tugas menjaga anak-anak 100 peratus di tangan saya dan suami, Hanif Zaki.

“Saya tidak mahu anak-anak membesar di tangan orang lain. Itu sebab mengapa saya tidak berlakon drama.

“Anak dua ini kecoh juga. Itu baru dua tau,” tulisnya di Instastory.

mahu lihat anak membesar depan mata punca anzalna belum sedia berlakon

Terdahulu, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

 

Sumber: IG Anzalna