Anak Tikam Leher Kiri Emak Guna Pisau Dapur

anak tikam leher kiri emak guna pisau dapur

Seorang anak lelaki yang mempunyai masalah mental telah menikam ibunya pada bahagian kiri leher wanita tersebut.

Kejadian tersebut berlaku di Taman Kampung Padang sekitar jam 8:30 hingga 10:30 pagi di ruang tamu rumah mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali, suspek dikatakan menolak jenazah mangsa yang diletakkan di atas sebuah kerusi roda sejauh 50 meter sehingga menyedari orang ramai akan kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati mangsa hanya tinggal berdua dengan suspek semasa kejadian berlaku dan difahamkan mangsa pernah mengalami masalah patah tulang belakang menyebabkan dia tidak boleh bergerak," katanya kepada pemberita.

Selain itu, suspek juga dilaporkan telah menikam adik perempuannya pada bahagian belaakang dan rakan lelaki adiknya pada lengan. Ketika itu mereka secara kebetulan melalui lokasi tempat suspek berhenti bersama-sama jenazah ibunya.


Pihak polis telah mengesahkan suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri. Suspek telah ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis dalam keadaan tangan dan kaki berikat.

Buat masa ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum mati mandatory.


Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dengan dua lagi mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

 

Mohamad Noor juga meminta orang ramai tidak menyebarkan apa-apa video atau gambar kejadian kerana tindakan tersebut boleh menjejaskan siasatan dan mengaibkan serta menjatuhkan moral keluarga mangsa.

 

Sumber: Astro Awani