‘Kebanyakan Lagu & Lirik Syok Sendiri’ - Ajai Ulas Tentang Lagu Zaman Sekarang

“Kebanyakan lirik dalam lagu sekarang kurang ada jiwa. Banyak ayat hipster dan moden, manakala lirik pula tidak merangkumi jalan cerita yang cuba disampaikan. Tidak membekas di dalam hati.”

‘kebanyakan lagu & lirik syok sendiri’ - ajai ulas tentang lagu zaman sekarang

Demikian ulasan penyanyi dan komposer terkenal, iaitu Ajai mengenai lirik kebanyakan lagu moden.

Menurutnya, lirik memainkan peranan penting dalam lagu sehingga boleh membuatkan sesuatu lagu itu menjadi terngiang-ngiang dalam ingatan pendengar.

“Kebanyakkan lagu dan lirik macam syok sendiri. Tidak ada kaitan dengan pendengar. Sesebuah lagu boleh evergreen sebab peminat ada memori yang terkait apabila mendengar lagu,” ujarnya.

Tambah pelantun lagu “Keliru” itu, fenomena tersebut mungkin berpunca daripada generasi zaman sekarang yang membesar dengan pengaruh muzik antarabangsa selain peredaran muzik yang kian moden.

“Bagi saya, ia mungkin cara mereka (komposer baru) yang dibesarkan dengan muzik moden dan dipengaruhi lagu barat. Rujukan mereka pun lagu antarabangsa, tidak ada seni dan jiwa kita.

“Tidak perlu malu jika hendak menulis lirik, letakkan kamus di sebelah untuk mendapatkan perkataan yang bersesuaian,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo