Ada Wanita Cuba Ganggu Rumah Tangga Nadya Syahera, “Kalau Anda Nak, Silakan..”

Isu orang ketiga atau disebut juga sebagai ‘penyondol’ kini semakin disebut-sebut selepas beberapa kes serupa berlaku, khasnya melibatkan selebriti tanah air.

nadya syahera macam mayat hidup lepas terkena gangguan sihir

Terbaharu, pelakon, Nadya Syahera pula mendedahkan ada wanita cuba menggangu rumah tangganya bersama suami, Fizul Nawi.

 

Bagaimanapun menurut Nadya, beliau yakin wanita itu tidak akan dapat menggantikan tempatnya walaupun melihat kepada kesenangan suaminya ketika ini.

 

"Mungkin wanita ini nampak suami saya berduit dan memiliki segala-galanya.

"Tapi kalau dia ada di tempat saya, sanggup tak dia bertahan. Saya dah lapan tahun, dia baru nak bersama tiga atau empat bulan, jadi lebih baik tak perlu.

"Lupakan nak ambil laki (suami) kakak. Kalau anda sanggup bertahan macam kakak, saya berani potong jari, pergilah," katanya.

ada wanita cuba ganggu rumah tangga nadya syahera, “kalau anda nak, silakan..”

Tambah Nadya lagi, beliau ingin mengingatkan kaum wanita, khususnya berstatus bujang agar tidak menggangu rumah tangga pasangan suami isteri.

 

"Saya lihat sekarang ini ramai wanita yang solo, nak cuba pasangan orang. Cuba fikir, kalau anda buat pada seseorang, esok lusa, mungkin benda itu boleh jadi pada anda juga.

"Sebab dunia ini ibarat roda, kalau kita buat orang, esok lusa mungkin kena pada kita. Sekarang ini, saya nampak Allah memang bayar tunai. Kalau awak ambil, boleh rasa bahagia, teruskan.

"Saya dah tahap macam itu sekarang. Kalau anda nak, silakan. Kalau anda boleh bahagia, bahagia itu rezeki anda. Kalau anda tak boleh bahagia dengan cara ini, tak apa Allah beri cara lain," katanya lagi.

 

Sumber: HMetro