Biarpun sudah setahun setengah menggantung raket namun bekas pemain badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei terus menjadi perhatian dan menjadi bualan ramai pihak.
Baru-baru ini, pemain perseorangan Nigera yang melayakkan diri dalam Sukan Olimpik, Anuoluwapo Juwon Opeyori telah bercerita tentang Lee Chong Wei sebagai inspirasinya.
“Saya sentiasa membayangkan diri saya seperti Lee Chong Wei ketika saya sedang bermain” Kata Opeyori dalam saluran Olimpik.
“Saya sentiasa mengambil semangatnya untuk bermain dalam satu pertandingan. Saya sangat meminati beliau kerana gayanya bermain yang sangat pantas dalam gelanggang”
Opeyori yang berusia 23 tahun merupakan juara untuk kejuaraan Africa dan pemegang pingat emas untuk Sukan Afrika telah melayakkan diri ke olimpik untuk acara perseorangan dan double.
Opeyori belajar akan teknik Lee Chong Wei beraksi secara atas talian dan kemudian beliau cuba mengamalkan teknik dan gerakan ketika sesi latihan.
Sememangynya Lee Chong Wei sangat terkenal akan kejaguhannya dalam sukan ini. Malah, beliau dipandang tinggi oleh semua orang dalam pelbagai sukan.
Sumber: The Star