Terima kasih S. Kumar!

Ok, korang semua tahu kan bekas penjaga gol hoki negara, S. Kumar dah bersara daripada skuad kebangsaan?

terima kasih s. kumar!

Kepada yang belum tahu, semalam Kumar mengumumkan persaraannya pada usia 40 tahun dalam satu sidang media bersama dengan Konfederasi Hoki Malaysia.

Kumar telah mengumpul 321 penampilan dengan skuad negara sepanjang 20 tahun kariernya menjadikan persaraannya ini satu kehilangan besar untuk sukan hoki negara.

Kenapa korang tanya? Sebab dia dah mula main Malaysia sejak tahun 1999! Berapa belas tahun tu? Kalau kita ada anak lahir tahun 99, dia dah nak habis belajar universiti dah sekarang ni. Punyalah lama kan?

Lebih 20 tahun bersama skuad negara, Kumar dianggap sebagai penjaga gol terbaik yang Malaysia pernah ada. 

terima kasih s. kumar!

Antara kejayaan dia bersama skuad kebangsaan ialah meraih 2 pingat perak Sukan Asia edisi 2010 & 2018, 1 perak pada Piala Asia pada 2017, gangsa Sukan Komanwel 2006. Ni bukan semua kejayaan dia tau. Banyak lagi! penat nak tulis je. Hahaha

Kalau kejayaan individu pulak, dia dinamakan sebagai Penjaga Gol untuk aksi All Star Asia pada 2010 dan dinobat Penjaga Gol Terbaik pada Piala Asia 2009.

terima kasih s. kumar!

Nak cerita lagi ke pasal kejayaan dia semua ni? 7 hari 7 malam nanti korang baca artikel ni. Hahaha.

Sebenarnya Kumar dah mula fikir pasal persaraan sejak 2015, tapi dia gagahkan juga untuk teruskan sebab impian dia ialah nak beraksi pada Sukan Olimpik.

Tapi Malaysia gagal layakkan diri untuk Olimpik tahun ni dan dia pun ambil keputusan untuk bersara.

Walaupun akui dia masih boleh beraksi, tapi dia kena tunggu lagi 4 tahun kalau nak pergi Olimpik dan dia rasa dia dah terlalu berusia waktu itu.

Jadi dia pun ambil keputusan bersara untuk beri peluang kepada generasi baru pulak jadi penjaga gol skuad hoki Malaysia.

Dia juga cakap antara penyesalan terbesar dalam karier dia ialah dia tak dapat bantu Malaysia layakkan diri ke Olimpik...hmm...siapa pulak lah potong bawang dekat sini ni...

Tapi Kumar ni bersara daripada skuad kebangsaan je. Dia tetap akan beraksi secara professional untuk pasukan TNB dalam saingan Liga Hoki Malaysia.

Lebih manis, KHM melantiknya sebagai jurulatih penjaga gol skuad remaja negara. Lepas ni boleh la dia hasilkan lebih banyak S. Kumar!!!

Jadi, segala tenaga yang disumbangkan, peluh yang dititiskan, kecederaan yang dialami dan masa bersama keluarga yang dikorbankan untuk Malaysia selama 20 tahun ni, kami rakyat Malaysia ingin ucapkan...

Terima kasih S. Kumar! Legenda hoki Malaysia!

Oleh: Karami Kamel