Siti Nurhaliza Kecewa Lagu Baru Dimuat Naik Sesuka Hati Di YouTube

siti nurhaliza kecewa lagu baru dimuat naik sesuka hati di youtube

Penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza baru sahaja melancarkan lagu baru duet bersama dua rapper, Kmy Kmo dan Luca Sickta berjudul 7 Nasihat pada tengah malam tadi.

Bagaimanapun, penyanyi itu agak kesal apabila lagunya telah dimuat naik ke YouTube sesuka hati dan tanpa kebenaran.

Melalui satu hantaran di Instagram, Dato’ Siti meminta agar semua pihak menghormati karya anak seni dan usaha mereka. Beliau juga meminta agar mereka yang melakukan perkara tersebut untuk memadam video itu.

Buat masa ini lagu 7 Nasihat boleh didengar di seluruh digital platform. Menurut pengurusnya, Rozi Sang Dewi, muzik video akan dilancarkan tidak lama lagi. YEayyy!

Korang pun, janganlah buat macam ni. Tahu lah excited nak dengar lagu baru Siti tu tapi janganlah sampai mencuri karya mereka.

 

Sumber: Instagram CTDK