Mendalam Betul Nasihat Siti Nurhaliza Dalam Muzik Video 7 Nasihat

mendalam betul nasihat siti nurhaliza dalam muzik video 7 nasihat

7 Julai lalu, Siti Nurhaliza telah melancarkan muzik video salah satu lagu yang termuat di dalam album barunya iaitu 7 nasihat.

Lagu tersebut merupakan gabungannya dengan dua rapper yang sedang meningkat naik itu Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Di dalam MV tersebut, Siti Nurhaliza berlakon menjadi seorang hakim. Manakala, Luca Sickta dan Kmy Kmo pula berlakon seperti dua orang peguam.

Muzik video itu juga dimeriahkan dengan kehadiran pelakon kanak-kanak yang bertindak sebagai pesalah, penonton dan sebagainya.

Jika dikaitkan dengan lirik lagu ini dengan konsep muzik video yang dipaparkan memang sangat kena lah.

Pada penghujung muzik video ini, mereka menyenaraikan tujuh nasihat yang tersirat daripada lagu tersebut.

Sumber: Youtube Siti Nurhaliza