“Saya Terpaksa Menganggap Perkara Ini Serius”- Ajai Pertahan Komen Yang Diberikan

“saya terpaksa menganggap perkara ini serius”- ajai pertahan komen yang diberikan

Semalam telah berlangsungnya konsert pembukaan Big Stage 2020. 12 bintang BBNU telah mengadakan persembahan bertemakan starter pack di mana mereka menyanyikan lagu hits mereka sendiri.

Biarpun baru minggu pertama dalam suasana yang norma baharu, Big Stage menjadi panas apabila salah seorang juri tetapnya, Ajai telah memberikan markah paling rendah kepada salah seorang bintang Big Stage iaitu Hafiz Zainal.

Dengan markah sebanyak 2%, nama Ajai telah menjadi trending di media sosial. Bukan sekadar itu sahaja, komen ajai kepada bintang itu juga menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, Ajai berkata dia mengambil kira pertandingan ini secara serius. Beliau juga menyatakan bahawa komennya pada konsert pertama itu adalah berdasarkan penilaiannya pada persembahan pembukaan peserta.

Jom dengar apa kata Ajai ketika ditemubual di belakang pentas sejurus konser pertama Big Stage selesai.