“Saya Jadikan COVID Ni Masa Untuk Reflect Balik Apa Yang Nak Kena Betulkan”- Nurul Zulkifli

“saya jadikan covid ni masa untuk reflect balik apa yang nak kena betulkan”- nurul zulkifli

Syok Sapot Lokal minggu ini membawakan pengasas jenama Mimpi Kita, Nurul Zulkifli. Mungkin tak ramai yang tahu bahawa Nurul merupakan seorag graduan bidang kejuruteraan. Bagaimanapun mintanya yang mendalam dalam bidang fashion membuatkan beliu bertekad untuk menceburi bidang itu dan membina jenama Mimpi Kita.

Sebesar mana pun sesebuah jenama pastinya berhadapan dengan ujian ketika dunia di landa COVID-19. Mimpi Kita juga tidak terkecuali dan wabak tersebut telah memberi impak kepada perniagaan lokal ini.

Namun, Nurul memandang perkara tersebut dari sudut positif. Beliau menggunakan masa PKP baru-baru ini sepenuhnya untuk memikirkan yang terbaik buat jenamanya.

“I jadikan COVID ni macam kita reset, lepas tu reflect balik apa yang kena betulkan” Ceritanya di dalam video penuh SYOK Sapot Lokal.

Beliau juga menyatakan bahawa selepas ini mereka harus kembali fokus dan menyusun strategi agar perniagaan mereka dapat terus berjalan dan kembali mencipta nama.

Memang inspiring lah kisah Nurul ni. Ada banyak lagi yang beliau kongsikan dalam SYOK Sapot Lokal. Kalau korang nak tengok video penuh, korang boleh tengok di sini