Saksikan ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 Pada Malam Esok!

saksikan era digital muzik awards (edma) 2020 pada malam esok!

Adakah korang sudah bersedia?

ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 akan bersiaran pada 27 Januari iaitu malam esok. Jadi, korang boleh strim EDMA menerusi Facebook Live, YouTube dan Instagram ERA.

Seperti mana yang korang sedia maklum, EDMA mempertandingkan 6 buah kategori iaitu Artis Baru Baek, Lagu Featuring Hit, Lagu Viral Onz, Fan Club Paling Ngam, dan dua kategori baharu, Artis Norma Baharu dan Influencer PKP ERA. Jadi, siapakah yang akan membawa pulang trofi-trofi tersebut? Haaa kena lah tengok.

Selain tu, korang juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi yang memang power. Antara penyanyi yang akan perform ialah Shiha Zikir, Neeta Manishaa, Harith Zazman, Loca B, Tuju, Yonny Boi, Asyraf Nasir dan Azzam Sham.

Jadi, jangan lupa untuk strim EDMA dari rumah korang!