Memandangkan baru-baru ni, seluruh dunia dilanda COVID-19 maka banyaklah perniagaan yang terjejas. Tak kira lah jenama kecil atau besar, semuanya akan terkesan dengan cara yang tersendiri. Jika tak terkesan dari segi kewangan paling tidak mereka akan terkesan dari segi production.
Oleh itu, bulan ni SYOK nak bawa korang semua menyelami perjalanan usahawan-usawan jenama lokal yang ada dekat Malaysia ni. Bukan sahaja nak membicarakan jenama mereka, SYOK juga nak tahu macam mana pengasas atau orang penting sesebuah jenama ni mempertahankan jenama mereka saat dunia dilanda musibah.
Iya lah, kalau sebagai seorang pekerja mungkin yang difikirkan hanyalah beberapa mulut yang perlu disuap dan beberapa perut yang perlu diisi. Tetapi, sebagai pengasas, CEO atau seangkatan dengannya, mereka perlu memikirkan pekerja, jenama, perjalanan kewangan syarikat dan macam-macam lagi. Kiranya, lagi tinggi jawatan lagi besarlah tanggungjawab yang perlu dibeban.
Jadi, kalau korang nak tahu macam mana mereka ni mengemudi perniagaan mereka disaat badai melanda, save the date dan saksikan video temubual di aplikasi SYOK.
Mila Jirin, Pengasas BIZMILLA- 6/8/2020, 3 Petang
Nurul Zulkifli, Pengasas Mimpi Kita- 12/8/2020, 3 Petang
Nabella Anuar, Pengasas Kayman Beauty- 19/8/2020, 3 petang