Rayuan BPN Akan Ditutup Dalam Masa Beberapa Hari Sahaja Lagi

rayuan bpn akan ditutup dalam masa beberapa hari sahaja lagi

Korang dah semak ke belum status Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?

Kalau belum sila lakukan segera. Manakala, kalau sudah semak dan gagal, sila buat rayuan dengan segera sebab rayuan BPN akan ditutup tak lama lagi iaitu pada 31 Mei ini.

Ada beberapa cara yang korang boleh buat untuk menghantar rayuan BPN. Antaranya,

1. Hadir sendiri ke kaunter-kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

2. Hantar emel

Diingatkan juga untuk membawa atau sertakan dokumen sokongan seperti surat berhenti kerja dan lain-lain lagi. Dengan cara ni, ia akan memudahkan lagi proses untuk kelulusan bantuan itu.

Jadi, jangan asyik bertangguh je. Ambil tindakan dengan segera!