Polis Perjelas Mengenai Video Si Botak Mengganas Yang Tular Di Media Sosial

Susulan dua video pendek yang tular di media sosial semalam dan memperlihatkan sekumpulan lelaki menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalan raya semalam, pihak PDRM mengambil langkah memperjelaskan mengenai insiden itu dengan lebih mendalam.

polis perjelas mengenai video si botak mengganas yang tular di media sosial

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan di media sosial PDRM, pihak polis berkata bahawa kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4:30 petang di sekitar Klang.

Mangsa dilaporkan sedang memandu ketika keretanya tiba-tiba dilanggar dari belakang.

Keempat-empat suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut dikatakan memecahkan cermin kereta mangsa, menariknya keluar dari kenderaan sebelum memukulnya dengan menggunakan kayu.

Difahamkan juga, telefon bimbit sepupu mangsa turut dirampas mereka dalam kejadian itu.

Pihak Polis Klang Selatan telah berjaya menangkap keempat-empat individu yang terlibat itu.

Ujian awal saringan air kencing mendapati bahawa kesemua suspek tersebut positif dadah jenis methamphetamine.

Kes tersebut kini disiasat bawah seksyen 394/427 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Twitter PDRM