Perlis Gantikan Solat Jumaat Dengan Solat Zohor Di Rumah

perlis gantikan solat jumaat dengan solat zohor di rumah

Susulan penularan wabak novel Koronavirus atau nama rasminya COVID 19,  Majlis Agama Islan Dan Adat Istiadat Melayu Perlis telah mengumumkan bahawa solat Jumaat telah digantikan dengan solat zohor di rumah.

Arahan tersebut dikeluarkan selepas MAIPS mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia akan permasalahan wabak COVID 19. Selain itu, pihak masjid juga diarahkan untuk tidak mengadakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam dalam skala yang besar buat masa ini.

perlis gantikan solat jumaat dengan solat zohor di rumah

Sumber: Facebook MAIPs