Peragut Berparang Serang Guru Wanita Telah Ditahan Pihak Berkuasa

peragut berparang serang guru wanita telah ditahan pihak berkuasa

Viral di media sosial akan klip CCTV memaparkan kejadian ragut di sekitar kedai dua tingkat Di Eco Sunctuary, Telok Panglima Garang.

Menurut laporan, peragut yang bersenjatakan parang itu telah menyerang seorang guru wanita dan telah berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman telah menyatakan bahawa pihak mereka telah berjaya memberkas seorang suspek lelaki tempatan berusia 26 tahun. Tangkapan dibuat di Kampung Sijangkang pada jam empat petang semalam.

"Tangkapan dibuat susulan maklumat orang awam yang menghubungi polis dan menghantar video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

"Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan, rondaan, kemudian mengesan serta menangkap suspek di Kampung Sijangkang petang tadi," katanya kepada Harian Metro.

Menurut laporan juga, kejadian berlaku pada jam 8.20 pagi ketika mangsa yang berusia 51 tahun telah didatangi suspek yang menaiki motosikal di tempat letak kereta.

Berdasarkan rakaman CCTV, wanita itu telah terjatuh ketika cuba bergelut dengan peragut terbabit. Bagaimanapun, suspek sempat mengambil beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen peribadi dan wang tunai.

Kepada anda semua, berhati-hati lah dalam keadaan sekarang. Pelbagai perkara boleh terjadi.

Sumber: Harian Metro