“Penting tak muzik tu perlu ada juara?”- SYOKCast Juara X Muzik Kita

“penting tak muzik tu perlu ada juara?”- syokcast juara x muzik kita

Biarpun nampak glamour dan mudah tapi tak ramai yang tahu akan jatuh bangun para penggiat seni dalam industri muzik. Setiap daripada mereka pernah melalui liku-liku yang penuh ranjau dalam perjalanan bergelar anak seni.

Untuk merungkai kisah-kisah para Juara dalam bidang muzik, SYOKCast membawakn sebuah siri baharu iaitu SYOKCast Juara. Untuk edisi kali ini, SYOKCast Juara akan berkolaborasi bersama sebuah portal muzik sensasi, Muzik Kita.

Siri ini akan menampikan beberapa orang selebriti terkenal sebagai tetamu seperti Misha Omar, Anuar Zain, Shila Amzah dan ramai lagi.

Untuk episod pertama, SYOKCast Juara X Muzik Kita menampilkan pengasas portal tersebut iaitu Hafizan Mohd. Banyak perkara dan perspektif yang dibincangkan oleh mereka.

“Penting tak muzik tu perlu ada juara?”, ini adalah antara persoalan yang dibincangkan dalam episode pertama ini.

Jadi, nak tahu jawapannya, dengarkan SYOKCast Juara di aplikasi SYOK sekarang! Download secara percuma aplikasi SYOK melalui App Store dan Play Store sekarang! http://onelink.to/syok