Memandangkan ramai yang dah minta dan membuat permohonan KWSP, jadi banyak juga orang yang sedang mengambil kesempatan untuk menjadi scammer. Maka, berhati-hati lah.
Salah satu modus operandi yang digunakan adalah dengan menghantar SMS. Kemudian, mereka akan meminta maklumat anda atau meminta anda menghubungi mereka. Sekiranya anda menerima pesanan ringkas sebegini, jangan layan!
Namun, sekiranya anda tidak pasti terus hubungi talian hotline khas i-Sinar melalui nombor 03 8922 4848.
Pihak KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak atau agensi mahupun individu untuk menguruskan akaun KWSP anda.
Sumber: Instagram KWSP