Pelajar Universiti Perlu Belajar Online Sehingga 31 Disember Ini

pelajar universiti perlu belajar online sehingga 31 disember ini

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan kenyataan bahawa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.

Maka, semua aktiviti akademik perlu dijalankan secara atas talian sehingga 31 Disember tahun ini.

“Bagi pengendalian aktiviti akademik di kampus Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP, KPT ingin memaklumkan bahawa semua aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, KPT telah memberi pengecualian kepada lima kategori pelajar yang diklafikasikan sebagai berkeperkuan. Kumpulan ini akan dibenarkan untuk pulang ke kampus secara berperingkat untuk melaksanakan PdP.

Sumber: Astro Awani