Pelajar Ditegur Dan Diminta Keluar Dari McD Selepas Suruh Budak Untuk Diam

pelajar ditegur dan diminta keluar dari mcd selepas suruh budak untuk diam

Laptop di atas meja, nota berkeliaran, makanan dan minuman ditepi. Tak boleh dinafikan lah, semua orang pernah buat perkara ni. Lagi-lagi pelajar universiti, tapi kena lah ada batasnya. Tak boleh nak mengharapkan suasana seperti di perpustakaan.

Seorang pengguna Twitter, Cik Anas berkongsi kisah sekumpulan pelajar di restoran McDonald’s yang menarik perhatian netizen.

Dalam bebenang tersebut, Cik Anas menyatakan bahawa sekumpulan pelajar tersebut yang belajar di McD menegur anak-anak kecil yang sedang bermain dengan nada yang kasar kerana membuat bising.

Tetapi perbuatan tersebut tidak dilepas pandang oleh seorang wanita yang menegur balik pelajar tersebut dengan menyatakan “Ini tempat makan, bukan tempat study. Kalau nak study, pergi library.”

Bebenang tersebut mendapat banyak tindak balas daripada netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing. Ada juga yang memberi tips kepada pelajar yang ingin belajar di McD untuk memilih waktu yang sesuai.

Gambar yang digunakan oleh Cik Anas diambil oleh Tengku Ahmad Syafiq dan bebudak.kadbod.

Jadi persoalannya sekarang ini, sesuai ke tempat makan seperti McD dijadikan sebagai tempat belajar. Apa kata anda?

Sumber: Twitter Cik Anas