Maszlee Malik Serah Jawatan Menteri Pendidikan

maszlee malik serah jawatan menteri pendidikan

Semalam telah berlangsungnya satu sidang media tergempar di mana Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan penyerahan jawatannya.

Melalui sidang media tersebut, beliau yang memegang jawatan itu selama 20 bulan telah menyatakan bahawa jawatan tersebut diserahkan kepada Perdana Menteri.

Usai sidang media, Maszlee Malik meninggalkan perkarangan pejabatnya dengan menaiki kenderaan jenis Myvi.

Melalui akaun twitter, beliau telah memuat naik sebuah kenyataan akan pengundurannya daripada jawatan itu.

Bagaimanapun, pada awal pagi hari tersebut, Maszlee telah menghadiri ke sebuah sekolah bagi meraikan sesi persekolan baru untuk tahun ini.

Buat masa ini, kerusi Menteri Pendidikan dipegang oleh Perdana Menteri dan dikatakan beliau akan mengumumkan penggantinya tidak lama lagi.

 

Sumber: Twitter Maszle Malik