Malaysia Bakal Jadi Yang Pertama Di Asia Rasai ‘BTS Meal’

Malaysia bakal menjadi yang pertama di Asia yang akan merasai sendiri makanan kegemaran anggota BTS di salah satu francais makanan segera popular di dunia, iaitu McDonald’s.

malaysia bakal jadi yang pertama di asia rasai ‘bts meal’

Digelar BTS Meal, pesanan tersebut merangkumi sembilan keping nugget ayam, kentang goreng saiz besar, minuman saiz besar, dan dua sos celup iaitu cili manis dan cajun yang diilhamkan daripada resipi popular francais makanan segera popular itu di Korea Selatan.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Big Hit Music, label yang menaungi BTS, mereka berkata bahawa mereka tidak sabar untuk berkongsi menu itu dengan dunia.

 

 

Ujar mereka, “Kumpulan ini mempunyai kenangan indah dengan McDonald’s. Kami sangat gembira dengan kerjasama ini dan tidak sabar untuk berkongsi BTS Meal dengan dunia.”

Berikutan itu, ARMY Malaysia turut tertanya-tanya sekiranya set makanan tersebut disertakan dengan photo card yang merupakan sejenis barang dagangan popular yang sering didatangi daripada kumpulan K-Pop.

Dalam pada itu, negara-negara lain di Asia seperti Filipina, Hong Kong, India, Indonesia, Korea Selatan, Macau, Singapura, Taiwan, dan Vietnam juga akan dapat menikmati BTS Meal beberapa hari kemudian selepas ia dilancarkan di Malaysia.

 

Sumber: [1]