‘‘OK to Travel,’’ MAS Akan Perkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital

Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara selamat dalam tempoh pasca COVID-19.

‘‘ok to travel,’’ mas akan perkenalkan pas kesihatan perjalanan digital
 
Memetik laporan dari Astro Awani, syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia Airlines.

 
Menerusi pas digital ini, penumpang boleh membuat janji temu secara mudah dengan pihak perubatan diperakui yang mengambil bahagian, untuk melakukan ujian COVID-19 RT-PCR atau melampirkan sijil vaksinasi COVID-19 mereka di telefon bimbit, menjadikan proses keperluan perjalanan lebih lancar.

 
Status “OK to Travel” juga akan dipaparkan bagi mengesahkan penumpang itu dibenarkan untuk masuk ke dalam pesawat atau sebaik tiba di lokasi.

 
Terdahulu, IATA berkata, Pas Perjalanan IATA adalah penyelesaian standard antarabangsa untuk mengesahkan peraturan perjalanan di semua negara yang turut membolehkan penumpang mencari maklumat mengenai keperluan perjalanan, ujian serta vaksin bagi penerbangan mereka.

‘‘ok to travel,’’ mas akan perkenalkan pas kesihatan perjalanan digital
 

Sumber: Astro Awani