Kantoi Ciplak Sambal Nyet Khairul Aming, Wanita Mohon Maaf

Akibat menciplak Sambal Nyet Berapi hasil ciptaan asal chef selebriti media sosial yang popular dengan nama panggilan Khairulaming, seorang wanita terpaksa menanggung malu dan tampil memohon maaf kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

kantoi ciplak sambal nyet khairul aming, wanita mohon maaf

Menurut Khairul pihaknya menuntut tiga permintaan daripada wanita tersebut iaitu bayaran pampasan tunai, permohonan maaf dalam bentuk video dan kenyataan pengakuan bersalah di balai polis.

Menerusi satu entri video di Twitter milik Khairul, wanita yang bernama Masturaaliyah itu memohon maaf atas perbuatannya yang tidak sepatutnya dilakukan itu.

Ujarnya, “Assalamualaikum, saya Masturaaliyah. Saya orang yang menghadapi masalah terhadap Sambal Nyet yang tidak asli.

“Baru-baru ini ada yang hampir sama dengan Sambal Nyet yang tidak asli, dan tidak dibuat berdasarkan Khairulaming yang dibuat oleh saya.

kantoi ciplak sambal nyet khairul aming, wanita mohon maaf

“Oleh itu saya ingin membuat permohonan maaf yang sebenar-benarnya kepada pemilik Sambal Nyet yang sebenarnya berkaitan dengan Khairulaming dan juga kepada mereka-mereka yang terpedaya membeli sambal yang tidak asli, termasuklah mereka yang salah faham kepada Sambal Nyet yang sebenarnya.

“Oleh itu, saya belajar ini untuk saya, saya tidak akan mengulangi kesilapan ini.”

Tambahnya lagi, “Semua maklumat dan pengakuan telah dicatatkan dalam laporan polis.”

Dalam pada itu, chef selebriti media sosial yang berusia 29 tahun itu turut menjelaskan bahawa dia tidak akan memulangkan semula wang kepada pembeli kerana proses tersebut tidak mahu selain mahu mereka memikul tanggungjawab akibat membeli daripada ‘reseller’.

Terangnya Khairul, “Oleh itu 100 peratus wang ini saya akan sedekah kepada asnaf yang diperlukan di bulan puasa ini. Saya tidak akan mengambil satu sen pun.”

 

Sumber: [1]