Kane Cecah 200 Gol!

kane cecah 200 gol!

Harry Kane tekad untuk muncul penjaring terbanyak dalam sejarah Tottenham Hotspur!

Ini selepas penyerang itu jaringkan gol ke-200 nya apabila membuka jaringan pada minit ke-13 untuk Tottenham ketika tewaskan Ludogretz 3-1 pada aksi Liga Europa pagi tadi.

Lebih manis untuk Kane, dia melakukannya pada penampilan ke-300 untuk Spurs.

Kane muncul pemain ke-3 dalam sejarah Spurs untuk menjaringkan 200 gol mengikut jejak langkah 2 legenda kelab itu iaitu Jimmy Greaves dan Bobby Smith.

Penyerang berusia 27 tahun itu hanya ketinggalan 67 gol untuk muncul penjaring terbanyak memandangkan Greaves miliki 266 gol.

 

 

Kalau korang nak tahu, Kane dah jaringkan 12 gol dan cipta 10 bantuan gol dalam 13 penampilannya musim ini.

Berdasarkan prestasinya sekarang, peluang Kane untuk muncul penjaring terbanyak Spurs memang sangat cerah.

Jangan tiba-tiba prestasi dia merudum pulak lepas ni. Maklumlah, sebelum ni kita puji Everton dan Aston Villa tengoklah apa jadi kepada prestasi kedua-dua kelab ni kan?

Harap-harap Kane tak jadi macam tu dan terus menjaringkan gol untuk Spurs!

Oleh : Karami Kamel