KWSP Terima 100,011 Permohonan Pada Hari Pertama Skim i-Lestari Dibuka

kwsp terima 100,011 permohonan pada hari pertama skim i-lestari dibuka

Pemegang akaun KWSP kini boleh memohon untuk mengeluarkan sejumlah wang daripada Akaun 2. Mereka dibenarkan mengleuarkan sebanyak RM500 maksimum selama 12 bulan mulai April.

Ketua Pegawai KWSP berkata, pengeluaran dapat dibuat seminimum RM 50 dan semaksimum RM500. Jadi, beliau meminta agar semua pemegang akaun fikir sebaik yang mungkin untuk mengeluarkan jumlah yang sewajarnya.

Ketika hari pertama skim i-Lestari dibuka, lebih 100,011 permohonan telah diterima oleh pihak KWSP. Bagi mereka yang tidak dapat masuk ke laman web KWSP, korang semua jangan bimbang sebab tempoh permohonan masih panjang.
Kalau korang nak keluarkan duit juga, seeloknya apply je melalui aplikasi i-Akaun atau e-mel je ke pihak KWSP. Tak perlu lah beramai-ramai ke cawangan KWSP sebab risiko untuk menyebarkan virus kepada orang ramai sangatlah besar.

By the way, kerajaan benarkan korang keluarkan duit melalui KWSP ni sebab nak kurangkan bebanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, gunalah duit tu secermat yang mungkin kerana duit itu adalah milik korang semua.

Sumber: Astro Awani