KL Thunder Belum Puas Walaupun Bergelar Juara

kl thunder belum puas walaupun bergelar juara

Peminat sukan sepak takraw mesti tahu yang pasukan KL Thunder telah sah bergelar juara saingan Premier Liga Sepak Takraw 2020 kan?

KL Thunder mengesahkan kejuaraan berbaki 2 perlawanan selepas kalahkan PDRM Defenders dengan straight set pada perlawanan ke-16 mereka sekaligus mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus musim ini.

kl thunder belum puas walaupun bergelar juara

Namun kejayaan ini belum cukup untuk memuaskan hati skuad KL Thunder! Kapten pasukan yang juga apit kiri, Amirul Zazwan Amir berkata dia bersama rakan sepasukan ingin cipta sejarah untuk muncul pasukan pertama menamatkan saingan STL tanpa kalah.

2 perlawanan terakhir KL Thunder ialah berdepan Johor Tigris dan ATM Guardians. Kalau korang nak tahu, kedua-dua pasukan ini merupakan pencabar terdekat KL Thunder musim ini masing-masing di keduduka n ke-3 dan ke-2 liga.

kl thunder belum puas walaupun bergelar juara

Amirul akui untuk mengatasi Johor Tigris dan ATM Guardians bukan tugas mudah memandangkan mereka miliki pemain yang berkualiti. Namun, dia optimis mampu lakar kejayaan berdasarkan prestasi semasa dan kerjasama pasukannya.

Dalam pada itu, Amirul turut sasar untuk menjuarai saingan Champions Cup yang akan bermula bulan depan. Sekiranya berjaya bergelar juara, ia pasti menjadi kenangan manis buat KL Thunder khususnya Amirul kerana bergelar juara berganda musim ini.

kl thunder belum puas walaupun bergelar juara

Champions Cup tahun ini akan disertai 8 pasukan iaitu 6 daripada saingan Perdana dan 2 pasukan Divisyen 1. Pasukan Divisyen 1 yang akan bertanding ialah Bomba Fighters dan juga Putrajaya Cyborg yang muncul juara dan naib juara.

Oleh: Karami Kamel