Jom Bantu Pasukan Perubatan Dengan Terus Berada Di Rumah Dan Kurangkan Pergerakan

jom bantu pasukan perubatan dengan terus berada di rumah dan kurangkan pergerakan

Sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19, antara pasukan yang paling terkesan semestinya pasukan perubatan dan kesihatan negara. Siang dan malam mereka bertungkus lumus untuk memastikan wabak ini dapat dibendung.

Bayangkan, ada ibu yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak demi kita, ada ayah yang sudah berhari-hari tidak berjumpa keluarga, ada dalam kalangan mereka yang tidak cukup tidur pun. Semuanya untuk memastikan COVID-19 berjaya dilawan.

Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Perkara ini boleh dibendung dengan mudah iaitu beri kerjasama. Teruskan berada di dalam rumah dan lakukan pergerakan bila hanya ada keperluan sahaja.

Jika ada niat nak balik kampung, tangguhkan seketika. Jangan keluar melepak sesuka hati di tempat terbuka.

Sekiranya korang merasakan Perintah Kawalan Pergerakan ni menyusahkan korang, ingatlah, mereka yang berada di barisan hadapan untuk melawan wabak ini lebih susah daripada kita semua.

#JustStayAtHome