Uish, meriah di sana sini dengan jualan bersempena 11.11. Masing-masing berbelanja untuk dapatkan barang dengan harga yang murah.
Tapi, dalam keseronokkan berbelanja tu kami nak kongsikan 3 tips untuk beli barang online.
1. Utamakan barang keperluan
Sebelum nak membeli tentukan dulu barang keperluan dan kemahuan. Utamakan barang keperluan terlebih dahulu. Tak salah nak beli barang kemahuan, yang penting barang keperluan itu sudah ada. Macam mana nak guna benda yang perlu kalau tak ada kan?
2. Tentukan bajet yang mencukupi
Dalam suasana pandemik ni kita tak tahu akan bagaimana masa depan. Jadi, berbelanja lah dengan bijak. Sediakan bajet tertentu dan jangan berbelanja melebihi bajet. Bukan apa, takut nanti kalau tak ada limit korang akan berbelanja sehingga menjejaskan kewangan pada bulan akan datang.
3. Kongsi dengan kawan
Ini untuk mereka yang berada di rumah sewa. Kalau nak berjimat, korang tong-tong lah dengan kawan untuk barang keperluan. Contohnya, sabun basuh baju, sabun basu pinggan, makanan segera dan macam-macam lagi. Tanya kawan-kawan sama ada mereka nak beli bersama atau tidak. Sekurang-kurangnya, boleh lah jimatkan kos penghantaran, kan?
Selamat berbelanja!
Sumber: Pengalaman Penulis