Henry Golding Sedang Diintai Penerbit Untuk Pegang Watak Saitama Dalam One Punch Man

henry golding sedang diintai penerbit untuk pegang watak saitama dalam one punch man

One Punch Man antara animasi Jepun yang terkenal di seluruh dunia. Rentetan daripada itu terdapat kisah Saitama iaitu seorang superhero yang boleh mengalahkan pihak lawan dengan hanya satu tumbukan.

Terdapat ura-ura menyatakan animasi itu akan dibawa ke dalam konsep hidup. Salah seorang calon pelakon yang sedang diintai ialah Henry Golding, pelakon kelahiran Sarawak yang kini melebarkan sayap di Hollywood.

Nama Henry Golding meniti di bibir penerbit filem itu berikutan pencapaian cemerlangnya dalam beberapa filem pecah panggung seperti Crazy Rich Asians, The Gentleman dan filem Snake Eye.

Perghhh! Korang rasa sesuai tak Henry Golding pegang watak  ni?
 

Sumber: Full Circle