Salah seorang mangsa banjir berusia 18 tahun, Nur Aleeya Maisarah Mansor telah berkongsi pegalamannya berhadapan dengan kejadian banjir buat kali pertama.
Beliau menceritakan terpaksa berada di alang kayu bumbung rumah hampir 10 jam sebelum diselamatkan oleh pihak penyelamat.
"Pada pukul 2 petang, air sudah melepasi paras pinggang, maka kami semua membuat keputusan untuk duduk di atas perancah yang digunakan untuk kerja pengubahsuaian rumah...kami panjat menggunakan tangga.
"Bagaimanapun, keadaan bertambah teruk pada pukul 5 petang, air sudah meningkat menenggelamkan 'staging', kami panjat lebih tinggi ke atas alang rumah.
Beliau juga menyatakan bahawa pasukan keselamatan cuba berkali-kali untuk masuk menyelamatkan mereka. Namun, disebabkan arus yang sangat deras dan khuatir akan bot terbalik, mereka terpaksa bertahan seketika.
Bagaimanapun, beliau bersama bapanya bapanya Mansor Omar, 50, dan ibunya Ayusyeila Zulaikha Subari, 44, telah diselamatkan di dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada jam 2:56 pagi.
"Dari pagi kami tidak sempat makan dan minum, hanya makan gula-gula yang kebetulan ada di dalam beg saya," Ceritanya kepada BERNAMA.
Aleeya menceritakan bahawa rumahnya tidak pernah dinaiki air langsung sebelum ini. Ini merupakan kali pertama beliau berhadapan dengan bah yang telah menenggelamkan rumahnya.
Sama-sama lah kita doakan yang terbaik buat rakan-rakan yang masih bergelumang dengan bencana ini.
Sumber: Astro Awani