Finas Pilih Filem ROH Mewakili Malaysia Ke Filem Oscar

finas pilih filem roh mewakili malaysia ke filem oscar

Sebuah filem bajet rendah terbitan Kuman Pictures telah dipilih oleh pihak Finas untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Oscar ke-93. Filem ini bakal berentap untuk kategori Filem Antarabangsa.

Berdasarkan kenyataan Finas, filem Roh telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan FIlem Finas yang terdiri daripada penggiat industri filem tempatam yang berprofesional dan berpengalaman.

“Pemilihan tersebut telah melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan muzik, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem serta pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur,” Finas dalam kenyataan itu.

Filem ini hanya menelan belanja sebanyak RM360,000 dan mengambil masa selama 15 hari sahaja untuk tempoh pengambaran.

FIlem Roh ini menceritakan seorang kanak-kanak perempuan yang aneh. Dia memberikan ramalan ngeri dan kejadian aneh kepada sebuah keluarga miskin dalam hutan zaman dahulu.

FIlem ini mendapat sentuhan Emir Ezwan sebagai pengarah dan dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Namron, Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Junainah M Lojong dan Putri Qaseh.

Semoga berjaya kepada seluruh produksi filam Roh!

Sumber: MASHABLE