COVID-19: Rakyat Malaysia Yang Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin Di Zon Kuarantin

covid-19: rakyat malaysia yang pulang dari luar negara akan dikuarantin di zon kuarantin

Tengah hari tadi, Menteri Kanan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan satu sidang media bagi mengemaskini tentang COVID-19. Dalam sidang media itu beliau telah menyatakan beberapa perkara yang akan dilaksanakan.

Antaranya, Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan dikuarantin di zon kuarantin bermula pada 3 April ini. Jadi, kaum keluarga turut dinasihatkan agar tidak menjemput waris mereka di lapangan terbang kerana mereka akan terus dibawa ke pusat kuarantin.

Selain itu, beliau juga telah mengemaskini beberapa perkara seperti proses nyah cemar seperti yang dimaklumkan telah pun bermula di beberapa tempat. Selain itu, pihak FAMA akan membuka pusat FAMA di 77 buah lokasi di setiap negeri.

Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa Perintah Kawlan Pergerakan fasa2 akan bermula esok dengan lebih ketat. Sehingga semalam, pihak berkuasa telah menangkap 742 individu yang ingkar akan PKP. 165 individu pula telah dituduh dan enam daripadanya dijatuhi hukuman denda atau penjara.