COVID-19: Pelajar ePJJ UiTM Disahkan Positif

covid-19: pelajar epjj uitm disahkan positif

Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah disahkan positif wabak COVID-19. Menurut NAib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, pelajar tersebut sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak UiTM, pelajar tersebut dikatakan mendapat wabak daripada ayahnya yang turut positif COVID-19. Bapanya telah mendapat jangkitan tersebut melalui kontak dengan saudaranya yang menghadiri perhimpunan ‘Ijtimak Tabligh’ di Masjid Seri Petang baru-baru ini.

Menurut kenyataan media itu juga, pelajar tersebut telah menghadiei ke kelas pada 15 Mac yang lalu. Bagaimanapun, selepas mendapati beliau menghidap COVID-19 beliau telah memaklumkan perkara tersebut  kepada pensyarahnya.

Sehingga hari ini, sudah 3 orang pelajar daripada university awam itu didapati positif penyakit tersebut dan sedang menjalani rawatan.

covid-19: pelajar epjj uitm disahkan positif